About Us
Share
Hai ibu-ibu hebat! 🧡
Kami dari Pakej Pantang Hana Maliqa – pasukan kecil tapi penuh kasih sayang yang berdedikasi untuk menjaga ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Kami percaya setiap ibu patut diberi peluang untuk berehat dan pulih dengan sempurna selepas bersalin.
Semuanya bermula bila kami tengok sendiri adik kami susah nak cari penjagaan berpantang yang betul-betul faham keperluan ibu. Dari situ timbul idea untuk wujudkan satu servis yang bukan saja mudah diakses, tapi juga ikhlas dalam membantu.
Apa yang kami buat?
Kami datang ke rumah ibu-ibu, ikut kawasan tempat tinggal, supaya ibu boleh berehat di rumah sendiri dengan selesa. Kami sediakan penjagaan ibu dan bayi, dari segi:
-
Penjagaan luka dan badan ibu
-
Makanan berpantang yang sihat dan menyihatkan
-
Urutan dan rawatan tradisional
-
Mandian bayi, urutan bayi dan penjagaan asas yang betul
Semua ni dilakukan oleh pasukan kami yang terdiri daripada 10 orang terapis terlatih dan berpengalaman. Kami bukan sekadar buat kerja, tapi kami bawa sekali rasa tenang, sokongan, dan perhatian penuh pada ibu dan bayi.
Misi kami?
Membantu ibu dan anak menjalani tempoh berpantang dengan selesa, teratur dan penuh kasih sayang.
Kami faham tempoh ni penting sangat untuk pemulihan ibu dan juga untuk bina ikatan awal dengan si kecil. InsyaAllah kami mendoakan agar lebih ramai yang mempercayai service kami. Doakan service kami lebih meluas agar dapat bantu lebih ramai ibu yang dalam pantang.